"Pergelangan tangan itu dah aurat nak sinsing lengan baju tak salah tapi
itu pun kalau kita lelaki. Nak selamat pakai sarung lengan. Panas?
Takpa panas sikit di dunia, asalkan tak
panas di sana. Kaki pun aurat. Stokin tak wajib pun, tapi kaki tu aurat.
Kalau nak pakai cardbox atau plastik sekali pun boleh sangat tapi cari
yang warna gelap. Jangan yang lutsinar. Tudung tu. Tak kisah kita nak
pakai jenis yang macam mana pun. Hana Tajima, shawl, pashmina or bawal.
It's up to you. Tapi Allah suruh tutup dada. Ulang. Tutup dada. Apa
salahnya kita labuhkan sampai ke bawah dada. Ini perintah Allah, bukan
dari saya. Baju/kain/seluar tu. Saya tau kita masih muda, nak bergaya,
ikut fesyen. Saya pun perempuan. Faham. Ada rasa teringin itu ini. Tapi
biarlah menutup aurat dengan sebaik-baiknya.Tak ketat, tak jarang, tak
singkat. Islam tak larang kita nak berfesyen, asalkan syariat tidak
diketepikan. Maha Suci Allah. Tepuk dada, tanya iman. Kita, saya, awak
adalah Islam. Tudung labuh. Jubah. Pakaian ikut syariat tu bukannya
untuk ustaz ustazah, pelajar sekolah, universiti/aliran agama sahaja .
Islam tu untuk SEMUA. Jangan pernah malu tunjukkan identiti Islam kita.
Maaf kalau terasa. Saya tak nak korang ambil pahala saya. Saya pun tak
sggup tanggung dosa. Dan saya taknak masuk neraka sebab saya taktegur
korang. Saya nak korang jadi saksi yang saya dah tegur. Yang PALING SAYA
NAK, kita pimpin tangan masuk Syurga sesama. Korang baca kan? Nanti
Allah tanya dah bagitahu belum sekurang kurangnya saya ada jugak
jawapan. Kita buat dan jaga sesama ya. Saya pun tak sempurna dan baik
mana. Saya pun tengah cuba sebab kita manusia. Kekadang alpa, moga Allah
pelihara dan jaga kita semua.
KENAPA AGAMA MELARANG KITA TIDUR SELEPAS SUBUH Siapa yang suka tidur lepas subuh tolong baca.. dan siapa suka tidur lepas subuh kemudian bangun nak solat dhuha pun tolong baca.. sentap dan muhasabah sesama.. takda ruginya.. in shaa Allah.. Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh. Sedikit perkongsian. Sebelum ini, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh. Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yg tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat. Jadi sesiapa yg dekat dengannya, hati-hati. Apa yang terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yang baik. Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ini. Diberi peluang, aku terus bertanya. “ustaz, macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?” Dia menjawabkan, “tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh”. Ohhh, “jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh? “Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku? Dia mengatakan lagi. Aku bisik dalam hati “ada byk mazhab ke ...
Comments
Post a Comment